Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Rumah Pangsa Tun Dr Ismail, Seremban adalah merupakan sebuah kawasan perumahan kos rendah yang terletak di tengah-tengah Bandar Seremban.

Tanggal 1953, Perlembagaan Lembaga Perbandaran Seremban telah dimansuhkan oleh Raja-Raja melalui Warta Kerajaan No. 262 bertarikh 14hb. April 1953. Mematuhi Seksyen 51 (1) Ordinan Pilihanraya Pihak BerkuasaTempatan 1950, Pilihanraya Kerajaan Tempatan yang pertama telah diadakan pada 22h Ogos 1953. Pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban pada waktu itu sering silih berganti mengikut suasana politik semasa di Bandar Seremban. Bandar Seremban telah dibahagikan kepada 4 kawasan pilihanraya iaitu kawasan Temiang, kawasan Lake, kawasan Rahang dan kawasan Lobak.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 19 Ogos 2023

Pertandingan mewarna yang dilakukan selama 2 jam bermula dari 10 pagi sehingga 12 tengahari. Kanak-kanak yang terlibat dalam likungan 8 tahun ke 13 tahun...baca selanjutnya

KELAS AFFILIATE TIKTOK BERSAMA KLUSTER SEREMBAN

Aktiviti Terkini | 16 Julai 2023

Memberi pendedahkan kepada Staff mengenai kegunaan TikTok....baca selanjutnya

TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK (PENIPUAN KEWANGAN)

Aktiviti Terkini | 14 Jun 2023

Pengenalan PEDi Seremban...baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA KLUSTER SEREMBAN

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2023

Program kali ini diadakan di PEDi PPR Senawang. Program ini diadakan sempena Hari Raya. Staf membawa ‘potluck’ untuk berkongsi juadah....baca selanjutnya

PROGRAM INSPIRASI QASEH RAMADHAN & RAYA YAPEIM PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

Aktiviti Terkini | 12 April 2023

Program pengedaran sim kad pakej remaja diadakan pada hari Selasa 12 April 2023, bermula pada jam 4 petang hingga 8 malam bertempat di Dewan Orang Ramai Sikamat. Program ini turut disediakan majlis berbuka puasa....baca selanjutnya

PROGRAM HARI WANITA PENJAGAAN KESIHATAN & PENIPUAN KEWANGAN DALAM TALIAN

Aktiviti Terkini | 21 Mac 2023

Pihak MCMC Negeri Sembilan panjangkan program ini kepada pihak Digi dan TM untuk Bersama menjayakannya dengan penyertaan petugas PEDi Kluster Seremban sebagai penceramah dan mengendalikan program keseluruhannya...baca selanjutnya

ICT CLASS (CANVA)

Aktiviti Terkini | 11 Februari 2023

Sempena cuti sekolah ini, PEDi Templer mengadakan kelas Canva dan menjemput kanak-kanak di komuniti PEDi untuk menyertai kelas ini...baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK @ SK SIKAMAT

Aktiviti Terkini | 18 Januari 2023

Pihak SK Sikamat telah menjemput MCMC dan staf PEDi untuk menyampaikan taklimat yang berkaitan “Bukan Semuanya Benar di Internet, Tidak Pasti Jangan Kongsi”....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti