QUALIFYING ROUND - DIGI-PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017: YOUNG PI1M INVENTORS CHALLENGE

Aktiviti terkini | 14 September 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Sri Pajam

Tujuan :
Tujuan program ini adalah untuk menyediakan program pembelajaran yang dapat membantu pelajar dengan kemahiran untuk berjaya dalam peluang kerjaya abad ke-21 dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi pemikir yang lebih kreatif dan kritis, inovatif dan celik komputer.

Kelebihan dan Kebaikkan Aktiviti :
• Untuk mewujudkan kesedaran tentang penggunaan teknologi dengan memasukkan inovasi terdahulu dan trend terkini dalam program pembelajaran informal yang menarik.
• Untuk membantu pelajar membangunkan asas yang kukuh dalam Teknologi Matematik, Sains, Teknologi, Reka Bentuk, dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) melalui pengalaman atau penyelidikan secara langsung.

Sekolah yang Layak ke Peringkat Kebangsaan :
• SMK Dato Shahardin - PI1M Kg Kering
• SMK Seri Pagi - PI1M RP Senawang 1

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :