INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti
Maklumat Am
Rumah Pangsa Templer mempunyai 2 buah blok yang dibina, Blok A dan Blok B. Setiap satu blok mempunyai 14 tingkat. Rumah Pangsa ini dilengkapi dengan kemudahan lif , perhentian bas, sekolah dan juga kedai runcit. Di tingkat bawah setiap blok ini digunakan sebagai kedai dan kedai yang ada di sini adalah kedai runcit, kedai makan, salun kecantikan dan juga kedai elektrik.

Koordinat GPS: 2.735475, 101.932294
Bilangan Penduduk: 2, 035 orang Bangsa: Cina (70 %), Melayu (20 %), India (10%)
Alamat: Pusat Internet Rumah Pangsa Templer, A6-1 & A6-2, Rumah Pangsa Templer 1, Seremban Negeri Sembilan.

Purata Umur Penduduk Di Sini :
 Warga Emas : Tinggi
 Dewasa / Belia : Sederhana
 Kanak-Kanak : Sederhana

Purata Pekerjaan :
 Bekerja Sendiri
 Sektor Swasta
 Kilang

Rekreasi & Pelancongan

Pusat Tumpuan Pelancong

Muzium Negeri Taman Budaya
Nilai 3 Wholesale Centre
Taman Orkid Seremban

Tempat Makan Yang Menarik

Cendol Hj. Shariff
Restoran Wadi Ar-Raudhah
Restoran Nelayan Seafood

Homestay

Hotel Seri Malaysia
Hotel Sri Mutiara
Hotel Sutera
Kemudahan Awam

Homestay

Hospital NSCMH Medical Centre
Perpustakaan Awam Seremban
Masjid Negeri
Balai Polis Seremban
Pendidikan
Sekolah Chung Hwa
Kisah Kejayaan
Nama : Noraini Mohamad
Alamat : Kiosk Kipmart Senawang, Lavender Height Off, Jalan Senawang 70400 Seremban, Negeri Sembilan
No. Telefon : 019-6835025
Tahun menjadi Ahli PEDi : 2016
Facebook : https://web.facebook.com/noraini.mohamad.16

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM900-RM1100 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan mengikut berapa banyak makanan yang terjual.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh pihak Pusat Internet Templer, beliau kini telah memiliki Facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil makanan terutamanya pizza. Pelanggan beliau dari Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur dan Perak yang mana mengetahui produk jualan melalui media sosial tersebut menempah pizza dari media sosial beliau sendiri. Pendapatan bulanan beliau untuk setakat ini telah mencapai dari RM4000-RM6000.




Nama : Nur Aqilah Binti Syfullizan
Alamat : 116 Jalan Mantau Indah 2/2, Taman Mantau Indah 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
No. Telefon : 011-33157905
Tahun menjadi Ahli PEDi : 2016

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :
Adik Aqilah ada menyatakan dia ada belajar di sekolah untuk subjek komputer. Akan tetapi, guru yang mengajarnya di sekolah hanya mengajar secara teori sahaja tanpa praktikal. Para pelajar tiada peluang untuk menggunakan komputer itu sendiri.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :
Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh staf Pusat Internet Templer ini, adik Aqilah dapat mempelajari dan mengenali komputer dengan lebih dekat dan faham setiap fungsinya. Adik Aqilah juga dapat melakukan kerja sekolah dengan menggunakan komputer tanpa perlu dibantu oleh staf Pusat Internet Templer.

Keusahawanan

USAHAWAN ONLINE

Usahawan ini ialah perintis kepada T-Shirt untuk wanita Muslimah dan antara usahawan yang mendominasi peluang menjadi pembekal kepada pakaian Muslim seperti pakaian renang, pakaian wanita Muslimah dan juga kanak-kanak. Beliau adalah pengasas kepada Sumayya Sdn. Bhd dalam menerajui perniagaan pakaian secara atas talian. Nama beliau ialah Norasyikin Zainal Abidin yang berasal dari Negeri Sembilan. Beliau mendapat idea untuk membuat baju Muslimah ini apabila pengalaman anaknya sendiri untuk mendapatkan pakaian yang menutup aurat dan bersesuaian sangat terhad untuk anaknya itu. Namun, ia tiada di pasaran. Selepas itu, beliau mula terfikir bagi membuat sendiri T-Shirt yang sesuai untuk dipakai. Dari situ, beliau mencetuskan idea untuk membuat T-Shirt Muslimah. Pada mulanya, beliau mencubanya kepada anak-anaknya. Lama-kelamaan, kawan-kawan mula bertanya dan beliau mula mendapat tempahan. Bermula dari situ, beliau menjalinkan usahasama dengan rakan kongsi iaitu Salmi Shaari dan mereka mula mendapatkan tukang jahit sendiri. Selepas itu, mereka melebarkan sayap perniagaan membuat T-Shirt Muslimah untuk para ibu pula. Ini kerana, kawan-kawan mereka bertanya adakah T-Shirt disediakan untuk kaum ibu. Barangan mereka menjadi buah mulut dalam kalangan kawan-kawan. Seterusnya, mereka mula menjual secara atas talian dari rumah. Syarikat mereka diberi nama Sumayyah Design. Nama Sumayyah adalah inspirasi daripada srikandi Islam yang syahid kerana mempertahankan Islam. Slogan syarikat mereka ialah ‘Gaya Inspirasi Muslimah Moden’. Produk mereka mengeluarkan produk T-Shirt pada awalnya berkembang kepada rekaan lain seperti tudung, baju umrah dan haji, dan seluar untuk para Muslimah. Atas permintaan ramai bagi kaum ibu, mereka menyediakan rekaan yang khas berzip untuk kaum ibu menyusukan bayi supaya mudah memberi susu kepada anak mereka yang masih bayi. Selepas itu, mereka mengeluarkan pakaian renang untuk Muslimah kerana susah mendapatkan pakaian renang yang bersesuaian. Terkini, mereka juga menyediakan seluar paras betis atau quarter pants untuk Muslimin.