Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Rumah Pangsa Tun Dr Ismail, Seremban adalah merupakan sebuah kawasan perumahan kos rendah yang terletak di tengah-tengah Bandar Seremban.

Tanggal 1953, Perlembagaan Lembaga Perbandaran Seremban telah dimansuhkan oleh Raja-Raja melalui Warta Kerajaan No. 262 bertarikh 14hb. April 1953. Mematuhi Seksyen 51 (1) Ordinan Pilihanraya Pihak BerkuasaTempatan 1950, Pilihanraya Kerajaan Tempatan yang pertama telah diadakan pada 22h Ogos 1953. Pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban pada waktu itu sering silih berganti mengikut suasana politik semasa di Bandar Seremban. Bandar Seremban telah dibahagikan kepada 4 kawasan pilihanraya iaitu kawasan Temiang, kawasan Lake, kawasan Rahang dan kawasan Lobak.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


Program Sempena Cuti Sekolah "Writing A Letter"

Aktiviti Terkini | 18 Disember 2016

Tujuan program cuti sekolah ‘writing a letter’ ini adalah untuk membantu penduduk yang berumur lingkungan dari 7-13 tahun untuk mempelajari bagaimana menaip dan mengenali format yang betul untuk menulis surat rasmi....baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

ORIGAMI MELALUI YOUTUBE

Aktiviti Terkini | 20 November 2016

Tujuan pertandingan origami melalui youtube ini adalah untuk membantu para peserta untuk memberi tumpuan dan fokus kepada permasalahan yang diberi dan cara penyelesaiannya dan juga memberi pendedahan kepada pengguna yang telah menggunakan Pusat Internet 1Malaysia Templer sebagai salah satu pusat bagi proses pembelajaran mereka...baca selanjutnya

Pertandingan : Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

PERTANDINGAN ‘FIND HIDDEN NUMBER’ DI ATAS TALIAN

Aktiviti Terkini | 23 Oktober 2016

Tujuan pertandingan ‘find the hidden number’ atas talian ini adalah untuk membantu para peserta untuk memberi tumpuan dan fokus kepada permasalahan yang diberi dan cara penyelesaiannya...baca selanjutnya

HARI TERBUKA PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA TEMPLER

24 September 2016 | Aktiviti Terkini

Tujuan mengadakan Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia Templer ini adalah untuk mempromosi dan memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia pada komuniti Rumah Pangsa Templer di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara komuniti setempat dan juga staf PI1M. baca selanjutnya

WORD SEARCH PUZZLE CONTEST

28 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Tujuan pertandingan ‘Word Search Puzzle’ atas talian ini adalah untuk membantu para peserta untuk memberi tumpuan dan fokus kepada permasalahan yang diberi dan cara penyelesaiannya dan juga memberi...baca selanjutnya

ONLINE JIGSAW PUZZLE

24 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

Tujuan pertandingan ini adalah untuk membantu para peserta untuk memberi tumpuan atau fokus untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan...baca selanjutnya

ONLINE SPEEDING TYPING

5 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Tujuan pertandingan ini adalah untuk memberi pendedahan dan perangsang kepada para peserta mengenai penggunaan papan kekunci dengan kaedah yang betul...baca selanjutnya

ONLINE COLORING CONTEST

22 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Tujuan pertandingan mewarna atas talian ini adalah memberi pendedahan kepada anak-anak penduduk Rumah Pangsa Templer ini mengenali PI1M TEMPLER ini sebagai salah satu pusat bagi proses pembelajaran mereka...baca selanjutnya

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN 2016

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Di PI1M Templer ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Templer seperti kelas komputer dan sebagainya.

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang ramai boleh menghubungi PI1M berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan pendaftaran latihan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti