Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Rumah Pangsa Tun Dr Ismail, Seremban adalah merupakan sebuah kawasan perumahan kos rendah yang terletak di tengah-tengah Bandar Seremban.
Tanggal 1953, Perlembagaan Lembaga Perbandaran Seremban telah dimansuhkan oleh Raja-Raja melalui Warta Kerajaan No. 262 bertarikh 14hb. April 1953. Mematuhi Seksyen 51 (1) Ordinan Pilihanraya Pihak BerkuasaTempatan 1950, Pilihanraya Kerajaan Tempatan yang pertama telah diadakan pada 22h Ogos 1953. Pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban pada waktu itu sering silih berganti mengikut suasana politik semasa di Bandar Seremban. Bandar Seremban telah dibahagikan kepada 4 kawasan pilihanraya iaitu kawasan Temiang, kawasan Lake, kawasan Rahang dan kawasan Lobak.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023ZOOM MEETING (KLIK DENGAN BIJAK)
Aktiviti Terkini | 27 Disember 202027.11.2020 – Pukul 11.00 pagi, pengurus dan penolong pengurus mengadakan Zoom Meeting di Pusat Internet Templer...baca selanjutnya
ZOOM MEETING BERSAMA PI SENAWANG 1 (KLIK DENGAN BIJAK)
Aktiviti Terkini | 20 November 202020.11.2020 – Pukul 11.00 pagi, pengurus dan penolong pengurus mengadakan Zoom Meeting bersama Pusat Internet Senawang 1...baca selanjutnya
KUIZ SEMPENA MAULIDUR RASUL
Aktiviti Terkini | 25 Oktober 2020Program kali ini menggunakan enjin carian Google. Kebanyakan peserta yang menyertai program kali ini perlu menggunakan daya pemahaman dan perlu menaip kata carian untuk kuiz yang diberi...baca selanjutnya
MEWARNA SEMPENA HARI MALAYSIA
Aktiviti Terkini | 13 September 2020Pada kali ini Pusat Internet Templer membuat aktiviti yang mudah tetapi memerlukan kreativiti....baca selanjutnya
QUIZIZZ(TEKA LIRIK LAGU KEBANGSAAN)
Aktiviti Terkini | 16 Ogos 2020Aktiviti ini menggunakan platform Quizizz. Aktiviti ini adalah untuk menguji para peserta untuk menghafal lirik lagu kebangsaan sempena bulan kemerdekaan....baca selanjutnya
QUIZIZZ(ANIMALS)
Aktiviti Terkini | 19 Julai 2020Aktiviti ini menggunakan platform Quizizz. Aktiviti ini adalah untuk menguji para peserta untuk mengenali kehidupan haiwan dan panggilan dalam Bahasa Inggeris....baca selanjutnya
PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)
Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4
Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3
Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1
Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020...baca selanjutnya
QUIZIZZ - SIRAH NABI
Aktiviti Terkini | 16 Februari 2020Kebanyakan peserta yang menyertai program kali ini amat seronok kerana dapat menggunakan aplikasi baru dan dapat belajar serba sedikit mengenai sirah nabi dan rasul. Program ini bermula jam 11.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari. Tamat sahaja sesi kuiz, peserta diberi hadiah....baca selanjutnya
QUIZIZZ - PENGETAHUAN AM
Aktiviti Terkini | 19 Januari 2020Program kali ini menggunakan aplikasi Quizizz. Kebanyakan peserta yang menyertai program kali ini amat seronok kerana dapat menggunakan aplikasi baru dan dapat belajar serba sedikit mengenai sejarah negara Malaysia dan beberapa pengetahuan am negara jiran. Program ini bermula jam 11.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari. Tamat sahaja sesi kuiz, peserta diberi hadiah....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya