Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Rumah Pangsa Tun Dr Ismail, Seremban adalah merupakan sebuah kawasan perumahan kos rendah yang terletak di tengah-tengah Bandar Seremban.
Tanggal 1953, Perlembagaan Lembaga Perbandaran Seremban telah dimansuhkan oleh Raja-Raja melalui Warta Kerajaan No. 262 bertarikh 14hb. April 1953. Mematuhi Seksyen 51 (1) Ordinan Pilihanraya Pihak BerkuasaTempatan 1950, Pilihanraya Kerajaan Tempatan yang pertama telah diadakan pada 22h Ogos 1953. Pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban pada waktu itu sering silih berganti mengikut suasana politik semasa di Bandar Seremban. Bandar Seremban telah dibahagikan kepada 4 kawasan pilihanraya iaitu kawasan Temiang, kawasan Lake, kawasan Rahang dan kawasan Lobak.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023QUIZIZZ - TEKA JAWI
Aktiviti Terkini | 22 Disember 2019Program kali ini menggunakan aplikasi Quizizz. Kebanyakan peserta yang menyertai program kali ini amat seronok kerana dapat menggunakan aplikasi baru dan dapat belajar serba sedikit untuk mengisi masa lapang sempena musim cuti sekolah. Program ini bermula jam 11.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari. Tamat sahaja sesi kuiz, peserta diberi hadiah....baca selanjutnya
APLIKASI KAHOOT
Aktiviti Terkini | 17 November 2019Program kali ini menggunakan aplikasi Kahoot. Kebanyakan peserta yang menyertai program kali ini amat seronok kerana dapat melakukan aktiviti yang jarang digunakan di sekolah. Program ini bermula jam 11.30 pagi hingga jam 1 petang. Tamat sahaja sesi kuiz, peserta diberi hadiah....baca selanjutnya
'QUIZ WHAT IT IS'
Aktiviti Terkini | 20 Oktober 2019Aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar peserta mengenali benda dan ejaanyang betul dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Selain itu, mereka perlu memilih jawapan yang betul dan tepat sebelum masa tamat untuk setiap soalan....baca selanjutnya
Spell vs Ejaan
Aktiviti Terkini | 29 September 2019Aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar peserta menggunakan ejaan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dengan betul.Selain itu, mereka perlu memilih pilihan yang menepati dengan jawapan....baca selanjutnya
KUIZ BINGO & WORD SEARCH
Aktiviti Terkini | 25 Ogos 2019Aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar peserta untuk lebih peka dengan keadaan sekeliling. Peserta juga diajar untuk mengatur strategi dan memahami dengan apa yang diberitahu....baca selanjutnya
PROGRAM MARI MEWARNA
Aktiviti Terkini | 26 Julai 2019Aktiviti ini diadakan adalah untuk merapatkan di antara Pusat Internet dan kanak-kanak yang berusia dari 4-6 tahun. Dengan adanya program seperti ini, para pelajar dapat tahu fungsi Pusat Internet dan seronok dengan aktiviti luar yang diadakan oleh pihak Pusat Internet ini .Selain daripada belajar, mereka dapat mengenali warna dan ada aktiviti yang selain daripada belajar....baca selanjutnya
JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI
Aktiviti Terkini | 16 Jun 2019Aktiviti ini diadakan bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang menjelma dan dapat meraikannya bersama dengan komuniti Rumah Pangsa Templer ini. Staf juga menayangkan video-video KDB kepada pengunjung yang hadir. Dengan adanya advokasi seperti ini, para pengunjung dapat penerangan yang lebih mendalam mengenai topik-topik ini dan dapat cara untuk mengatasi sekiranya berlaku masalah yang sama kepada mereka....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DI SEKOLAH TINGGI ISLAM AS SOFA
Aktiviti Terkini | 03 Mei 2019Program Advokasi dijalankan di Sekolah Tinggi Islam As Sofa. Staf PI bertanggungjawab untuk menerangkan setiap topik KDB dan menyediakan quiz terbuka kepada peserta....baca selanjutnya
PROGRAM MARI MEWARNA
Aktiviti Terkini | 26 April 2019Aktiviti ini diadakan adalah untuk merapatkan di antara Pusat Internet dan kanak-kanak yang berusia dari 4-6 tahun. Dengan adanya program seperti ini, para pelajar dapat tahu fungsi Pusat Internet dan seronok dengan aktiviti luar yang diadakan oleh pihak Pusat Internet ini .Selain daripada belajar, mereka dapat mengenali warna dan ada aktiviti yang selain daripada belajar....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DI TADIKA NUR SALAM SENAWANG
Aktiviti Terkini | 21 Mac 2019Tujuan mengadakan program ini adalah untuk memberi kesedaran awam mengenai keselamatan dalam penggunaan internet kepada para peserta....baca selanjutnya
UNBLOCKED ME GAME
Aktiviti Terkini | 24 Februari 2019Acara ini telah menarik penyertaan dari penduduk Rumah Pangsa Templer...baca selanjutnya
SEARCH NUMBER PUZZLE
Aktiviti Terkini | 20 Januari 2019Aktiviti yang mendapat penyertaan daripada komuniti sekitar Rumah Pangsa Templer ini adalah untuk menguji daya tumpuan dan kesabaran para peserta...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya