Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Rumah Pangsa Tun Dr Ismail, Seremban adalah merupakan sebuah kawasan perumahan kos rendah yang terletak di tengah-tengah Bandar Seremban.

Tanggal 1953, Perlembagaan Lembaga Perbandaran Seremban telah dimansuhkan oleh Raja-Raja melalui Warta Kerajaan No. 262 bertarikh 14hb. April 1953. Mematuhi Seksyen 51 (1) Ordinan Pilihanraya Pihak BerkuasaTempatan 1950, Pilihanraya Kerajaan Tempatan yang pertama telah diadakan pada 22h Ogos 1953. Pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban pada waktu itu sering silih berganti mengikut suasana politik semasa di Bandar Seremban. Bandar Seremban telah dibahagikan kepada 4 kawasan pilihanraya iaitu kawasan Temiang, kawasan Lake, kawasan Rahang dan kawasan Lobak.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


VIDEO ICT : STORY IDEA FOR A WEEK

Aktiviti Terkini | 7 Disember 2021

Perkongsian melalui video ICT mengenai idea untuk posting status di Instagram, Facebook atau Whatssapp. Dari idea yang diberi pengguna media social terutamanya kepada pengguna yang menggunakan media social untuk berniaga perlulah membuat jadual posting mereka setiap minggu. ...baca selanjutnya

LIVE PEDI TEMPLER: SCAMMER DI MEDIA SOSIAL

Aktiviti Terkini | 5 Disember 2021

Perkongsian melalui siaran langsung mengenai Scammer di media social. Perkongsian kali ini telah mengupas taktik-takti scammer serta memberi kesedaran kepada orang ramai untuk lebih berhati-hati.Program kali ini melibatkan ahli Pedi Templer serta pengikut di Facebook Page....baca selanjutnya

LIVE PEDI TEMPLER: PERALIHAN 3G KE 4G

Aktiviti Terkini | 21 November 2021

Perkongsian siaran langsung ini mengenai peralihan perkhidmatan 3G ke 4G yang sedang hangat diwar-warkan di televisyen oleh semua pengendali telco di Malaysia. Program ini melibatkan ahli-ahli PEDi Templer & pengikut –pengikut Facebook Page PEDi Templer....baca selanjutnya

LIVE PEDI TEMPLER : BULI

Aktiviti Terkini | 7 November 2021

Perkongsian siaran langsung ini mengenai BULI yang sedang hangat diperkatakan pada masa kini. Kali ini PEDi Templer kongsikan dan kupaskan serba sedikit mengenai BULI yang sering terjadi dalam masyarakat kita kini. Program ini melibatkan ahli-ahli PEDi Templer & pengikut –pengikut Facebook Page PEDi Templer....baca selanjutnya

“MITOS VAKSIN”

Aktiviti Terkini | 24 Oktober 2021

Perkongsian siaran langsung ini mengenai Mitos Vaksin yang digembar-gemburkan oleh golongan anti vaksin. Golongan anti vaksin ini banyak memberi alasan yang tidak munasabah untuk melambatkan herd imunity dalam negara kita ini. Program ini melibatkan ahli-ahli PIK Templer & pengikut –pengikut Facebook Page PIK Templer....baca selanjutnya

“PENDEDAHAN PENDIDIKAN SEKSUAL”

Aktiviti Terkini | 9 Oktober 2021

Perkongsian siaran langsung ini mengenai Pendedahan Pendidikan Seksual bersama pengikut Facebook Page kami. Kami membincangkan adakah kanak-kanak perlu diberi pendedahan tentang Pendidikan seksual ini atau tidak? Program ini melibatkan ahli-ahli PIK Templer & pengikut –pengikut Facebook Page PIK Templer....baca selanjutnya

“PENDEDAHAN PENDIDIKAN SEKSUAL”

Aktiviti Terkini | 18 September 2021

Perkongsian siaran langsung kali ini mengenai kedai makan di sekitar Negeri Sembilan. Memandangkan kedai makan sudah buka untuk dine-in, kami kongsikan beberapa restoran dan kedai makan yang boleh dikunjungi dan cuba merasa makanan di setiap kedai yang kami kongsikan. Program ini melibatkan ahli-ahli PIK Templer & pengikut –pengikut Facebook Page PIK Templer.....baca selanjutnya

“HARI MALAYSIA”

Aktiviti Terkini | 11 September 2021

Perkongsian siaran langsung ini bersempena dengan Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun. PIK Templer membuat sedikit perkongsian mengenai pembentukan Hari Malaysia. Dengan mengetahui sejarah pembentukan Hari Malaysia ini dapat mempuk semangat patriotic dalam diri kita. Program ini melibatkan ahli-ahli PIK Templer & pengikut –pengikut Facebook Page PIK Templer....baca selanjutnya

"MAKANAN YANG SESUAI UNTUK DIET”

Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2021

Perkongsian video ini adalah mengenai buah-buahan yang sesuai dimakan sewaktu diet. Melalui video ini, rakan-rakan Facebook Page PIK Templer dapat mengenali dan mengetahui buah yang sesuai untuk dimakan dan apa kebaikan yang ada dalam buah tersebut. Program ini melibatkan ahli-ahli PIK Templer & pengikut –pengikut Facebook Page PIK Templer...baca selanjutnya

"MICROSOFT WORD THAT CAN DO”

Aktiviti Terkini | 21 Ogos 2021

Perkongsian video ini adalah mengenai kegunaan Microsoft Word yang masih ramai tidak tahu. Melalui video ini, rakan-rakan Facebook Page PIK Templer dapat belajar dan boleh menggunakan tips ini apabila diperlukan. Program ini melibatkan ahli-ahli PIK Templer & pengikut –pengikut Facebook Page PIK Templer....baca selanjutnya

MATH SOLVER & DO’S & DON’T AFTER VACCINE

Aktiviti Terkini | 6 & 2 Julai 2021

Sedikit perkongsian di laman Facebook PIK Templer mengenai ‘Math Solver’ & ‘Do’s & Don’t After Vaccine’....baca selanjutnya

HOW TO WEAR FACE MASKS CORRECTLY & CREATE FOLDER IN COMPUTER

Aktiviti Terkini | 9 & 10 Jun 2021

Sedikit perkongsian di laman Facebook PIK Templer mengenai ‘How to Wear Face Masks Correctly’ & ‘Create Folder in Computer’...baca selanjutnya

AKTIVITI SEPANJANG MEI

Aktiviti Terkini | Sepanjang Bulan Mei

Sedikit perkongsian di laman Facebook PIK Templer mengenai ‘Create Shortcut in Your Desktop’...baca selanjutnya

AKTIVITI SEPANJANG APRIL

Aktiviti Terkini | Sepanjang Bulan April

Sedikit perkongsian di laman Facebook PIK Templer mengenai ‘Input & Output Devices’, ‘Useful Tricks!’, dan ‘The Best Tools to Create Presentation’....baca selanjutnya

AKTIVITI SEPANJANG MAC

Aktiviti Terkini | Sepanjang Bulan Mac 2021

Sedikit perkongsian di laman Facebook Pusat Internet Templer mengenai ‘Computer Jargon’, ‘Network Jargon’, ‘Do’s & Don’t’s Buying a Laptop’ dan ‘Essential Tips for Computer Maintenance’...baca selanjutnya

AKTIVITI SEPANJANG FEBRUARI

Aktiviti Terkini | Sepanjang Februari 2021

Sedikit perkongsian di laman web Pusat Internet Templer mengenai ‘Aplikasi Untuk Pembelajaran Kanak-Kanak’, ‘Aplikasi Interaktif PdPR’, ‘Aplikasi Edit Foto’ dan ‘Cashless is Easy’...baca selanjutnya

GOOGLE SLIDES TIPS & TRICKS

Aktiviti Terkini | 7 Januari 2021

07.01.2021 – Sedikit perkongsian di laman web Pusat Internet Templer mengenai ‘tip dan tricks’ Google Slide....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti